CINTA & KAWAN

Posted by peace

Satu hari CINTA & KAWAN berjalan2 di dalam kampung..

Tiba2 CINTA terjatuh ke dalam telaga..
Kenapa?..kerana..
CINTA ITU BUTA..
Lalu KAWAN pun ikut terjun ke dalam telaga..
Kenapa?..kerana..
KAWAN akan buat apa sahaja demi CINTA...
Di dalam telaga CINTA hilang..
Kenapa?..kerana..
CINTA itu halus..mudah hilang kalau tak dijaga, sukar dicari apatah lagi dalam telaga yang gelap..
Sedangkan KAWAN masih tercari2 dimana CINTA & terus menunggu...
Kenapa?..kerana..
KAWAN ITU SEJATI & akan kekal sebagai KAWAN yang setia...

Sejadah Iman Yang Terkoyak

Posted by peace


Dalam kita melangkah, terkadang diuji dengan ujian yang terasa berat hingga kita terduduk & menangis.
Peritnya terasa, tetapi ketahuilah & renungilah kembali ke dalam diri kita kerana mungkin air mata tika itu hadir kerana Dia mahu kita kembali menjahit sejadah iman yang kian terkoyak.

MRSM & SBP Cemerlang SPM 2010

Posted by peace

Akhirnya keluar jugak result SPM 2010 ney..
Katanyaaa..keputusan SPM terbaik dalam tempoh 4 tahun. Lepas keluar je result, orang mesti tertanya-tanya pasal ranking sekolah terbaik.
Macam biasa, MRSM dan SBP akan memonopoli tangga teratas dalam ranking sekolah terbaik SPM.
Yang paling membanggakan, 3 buah MRSM dapat Gred Purata Keseluruhan (GPK) bawah 1.00 berbanding dengan SBP hanya 1 buah.
Kat bawah ni merupakan list Top MRSM & SBP SPM 2010

Ranking Top 7 MRSM terbaik SPM 2010


  1.  MRSM Pengkalan Chepa - 0.83
  2. MRSM Tun Ghafar Baba - 0.91
  3. MRSM Taiping - 0.97
  4. MRSM Langkawi - 1.33
  5. MRSM Kuala Kubu Bharu - 1.68
  6. MRSM Kubang Pasu - 1.73
  7. MRSM Kuala Berang - 1.73
Ranking Top 7 SBP terbaik SPM 2010

  1. SMS Seremban - 0.89
  2. SBPI Gombak - 1.13
  3. Kolej Islam Sultan Alam Shah - 1.15
  4. Sekolah Tun Fatimah - 1.28
  5. SBPI Rawang - 1.34
  6. SMS Alam Shah - 1.35
  7. SMS Kuala Terengganu - 1.36
Walaupun MRSM Pengkalan Chepa mendapat GPK 0.83 manakala SMS Seremban hanya mendapat GPK 0.89, MRSM PC tidak disenaraikan sebagai sekolah terbaik SPM 2010. Ini mungkin kerana MRSM bukan dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia.
Tak kisah la siapa yang paling TOP pun..apa sekali pun keputusan yang kita dapat..let bygone be bygone..yang penting sekarang ialah masa depan dan hala tuju SPM 2010 leavers.

"Boleh jadi ALLAH nk uji kita dengan KEJAYAAN..boleh jadi juga kerana kasih sayang ALLAH,ALLAH hadiahkan kita KEGAGALAN kerana mungkin dengan kegagalan itu akan menyusul 1000 kejayaan...!!!"

Takut untuk menghadapi hari keputusan SPM??

Posted by peace

Takut untuk menghadapi hari keputusan SPM??

Fikir-fikirkanlah semula...kerana ketakutan itu sebenarnya datang daripada sifat diri yang tidak bertawakkal kepada ALLAH, dan tidak bersedia untuk redha dengan ketentuanNya...Jika anda rasa sudah bertawakkal tetapi masih rasa takut, maka tawakkal itu bukanlah yang sebenar-benarnya, kerana masih tiada lagi penyerahan segala ketentuan kepadaNya...
  
Boleh jadi ALLAH nak uji kita dengan kejayaan..boleh jadi juga kerana kasih sayang ALLAH, ALLAH hadiahkan kita kegagalan kerana mungkin dengan kegagalan itu akan menyusul 1000 kejayaan...!!!
SUBHANALLAH.....

Lailahaillallah..

Posted by peace

Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di Amerika. pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar, dia juga seorang jurudakwah Islam. Ketika berada di amerika, dia berken alan dengan salah seorang Nasrani.Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. memberinya hidayahmasuk Islam.

Pada suatu hari mereka berdua berjalan -jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula mula dia keberatan, namun kerana desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka. Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, "Di tengah kitaada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini."

Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. pAderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata, "Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya." Barulah pemuda ini beranjak keluar. Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, "Bagaimana anda tahu bahawa saya seorang Muslim?" Paderi itu menjawab, "Dari tanda yang terdapat di wajahmu."Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun, paderi ingin memanfaatkan kehadiran pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan agamanya.


Pemuda Muslim itupun menerima tentangan debat tersebut. Paderi berkata, "Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat. " Si pemuda tersenyum dan berkata, "Silakan!" Sang paderi pun mulai bertanya, "Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima yang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada delapannya, delapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya." "Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh! Apa yang dimaksud dengan kuburan berj alan membawa isinya? Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam surga? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!" "Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan api dan siapakah yang terpelihara dari api? Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?"

"Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar! Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua dibawah sinaran matahari?"Mendengarpertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah.Setelah membaca "Bismillah..." dia berkata,

-Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..

-Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. berfirman,"Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami)."(Al-Isra': 12).

-Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketikamenegakkan kembali dinding yang hampir roboh.

-Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur'an.

- Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.

-Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t. menciptakan makhluk.

-Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t. berfirman, "Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamusekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang." (Al-Mulk: 3).


-Delapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allah s.w.t. berfirman, "Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjurulangit. Dan pada hari itu delapan orang malaikatmenjunjung 'Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka." (Al-Haqah: 17).

-Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik,katak, darah, kutu dan belalang.*-Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t berfirman, "Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kalilipat." (Al-An'am: 160).

-Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara NabiYusuf .

-Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu'jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, "Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untukkaumnya,lalu Kami berfirman, "Pukullah batu itu dengantongkatmu." Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air."(Al-Baqarah:60).

-Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusufditambah dengan ayah dan ibunya.

-Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh.Allah s.w.t. berfirman, "Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing." (At-Takwir :1 )

-Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS. -Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf, yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, "Wahai ayah kami,sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakanserigala."Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, "Tak ada cercaanterhadap kamu semua." Dan ayah mereka Ya'qub berkata, "Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Yusuf:9)

-Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai.Allah s.w.t. berfirman, "Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suarakeldai." (Luqman: 19).

-Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam,Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.

-Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah s.w.t. berfirman, "Wahai api dinginlah danselamatkan Ibrahim."(Al-Anbiya':69).

-Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).

-Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya Wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t. "Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar." (Yusuf: 2i)

-Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun,setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.

Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh paderi.Pemuda ini berkata, "Apakah kunci surga itu?"

Mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kekuatirannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak.Mereka berkata, "Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya!"

Paderi tersebut berkata, "Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takutkalian marah."Mereka menjawab, "Kami akan jamin keselamatan anda."Paderi pun berkata, "Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah, WaAsyhadu Anna Muhammadar Rasulullah. "Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam.Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslimyang bertakwa .**

Pasti Ada Manis Di Hujungnya

Posted by peace

Assalamualaikum...

Baru-baru ni, berbekalkan result trial SPM aku yang tak seberapa, aku telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran di sebuah IPT separa swasta. Diorang bukan saje-saje offer kat aku, aku gak yang mintak. aku mintak sebab aku memeng minat sangat dengan kursus dan peluang kerja lepas abes study nanti.

14 Mac 2011, aku pun pulang lah ke rumah sebagai wira negara selepas selesai PLKN..ecece... Aku pun bukak la emel aku tu. Aku tengok ada 1 emel baru..jeng..jeng..jeng..

Emel tu datang dari IPT yang aq mintak tu. Diorang suruh aku lapor diri pada 13 Mac 2011 di bawah tajaan MARA. Masalahnye, time tu da 14 Mac. So, pada keesokan harinya, aku pon call la IPT tu. Diorang bagi can sampai 17 Mac. So, aku ada masa lagi. Selesai masalah pertama.


Aku pun bagi taw la parents aku pasal mende ni. Alangkah sedihnya aku apabila diorang TAK SETUJU dengan pilihan aku tu..macam pilihan bakal bini la pulak..Macam-macam alasan. Tapi diorang tak halang kalau aku nak pergi jugak. Aku pun call la sorang kawan baek aku ne..nak mintak la pendapat dia. Dia cakap, kalau nak selamat, ikut la nasihat parents.

Lepas pikir masak-masak..sampai hangit, aku pun batalkan hasrat aku untuk ke IPT tu walaupun peluang dah ada depan batang hidung.

Aku nak share la kat sini, tak semestinya apa yang kita inginkan tu kita akan dapat. Mungkin ada hikmah di sebalik apa yang berlaku ni...bukan ''mungkin''..memang ada pun hikmahnya.

Memang la kerjaya aku selepas belajar kat situ gajinya besar..tapi kene kerja kat laut..belayar berbulan-bulan..nak buat ibadat pun susah..kalau nak diikutkan gaji, memang la syok. Aku pun kena pertimbangkan jugak nasihat parents aku. Ada betulnya. Lagipun, aku tak nak la derhaka kat parents aku disebabkan kerjaya hidup ni.

Kadang-kadang aku terpikir jugak dalam kepale otak aku yang tak brape betul ne,''bukan parents aku yang nak belajar, aku yang nak belajar, masa depan aku jugak"..tapi kan, kalau dipikirkan balik, bukan aku seorang je yang hidup dalam dunia ni. Aku masih ada keluarga..ibu bapa..adik beradik..mungkin diorang perlukan aku & aku perlukan diorang..

Aku pikir, tak pe la..Allah tu Maha Adil. Mungkin ada rezeki yang lagi besar dari apa yang sangkakan tu.
Allah tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya. Kadangkala kita terlalu inginkan sesuatu, tapi Allah tak berikan kerana ia mungkin merosakkan kita. Adakalnya kita cuba elakkan sesuatu berlaku tapi ia tetap berlaku kerana itulah yang sebaik-baiknya untuk kita.

Redhalah atas setiap yang berlaku walaupun pahit untuk diterima. Jika kita redha, pasti ada manis di hujungnya..

~bittersweet PLKN~

Posted by peace

Bismillahirrahmanirrahim...

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) mungkin satu mimpi ngeri buat rata-rata SPM leavers. Dulu, aku pun cuak giler kot-kot la kena PLKN ni. Bila check via mesej, hampeh..kena jugak..nasib la. Dah tak boleh buat apa dah. Tunggu mase je la. Kat maktab aku, kalau dapat PLKN tu, abes r kena gelak...ala..tu pun nak gelak..chill sudeeh..


Lepas aku menjalani latihan PLKN di Kem Cahaya Gemilang Cherating, baru la aku tahu apa tu PLKN. Mula-mula aku rasa PLKN ni sesuatu yang membazir kot. Bila sampai kat kem, baru la tahu, ok jugak PLKN ni.

Bagi aku, tak perlu mengeluh pun kalau dapat PLKN ni..Tak perlu malu pun. Beruntung pe dapat PLKN ni. Ni pengalaman aku la, modul dalam kelas character building telah mengubah diri aku sedikit sebanyak..skema tol..hmm..melalui modul ni la aku jadi semakin berani nak cakap kat public..kalau dulu, nak tercabut kepale lutut aku ni..menggigil punye pasal..

Yang ni pun best gak ni..member-member..fuh..semua giler-giler..memang seronok r..kat sini la aku jumpa macam-macam jenis manusia..kat sini jugak la aku dapat member-member yang sampai sekarang still lepak ngan aku kat luar.

Satu lagi..masuk hutan malam-malam buta..cuak seyh..tapi seronok r..kalau kat kampung, mampus nak masuk hutan malam-malam camtu..giler pe..tapi, kat PLKN, aku dapat peluang ni. Pengalaman jadi ketua kompeni Delta pon memang mencabar. Tak pernah masuk mimpi aku jadi ketua..

Jurulatih-jurulatih pun semuanya giler-giler. Macam-macam ayat puaka diorang bagi. Aku pun tak tahu dah nak citer pe lagi. Susah nak cite ke'syok'kan PLKN ni.

Last skali..tenx to all teachers in KCGC..terutamanya Cg. Roy(menang kawad woo)..Cg. Din(warden blok L4)..Cg. Osman(ayat mesti baek)..dan sume skali la..tak larat aku nak tulis ramai-ramai.

Moga pertemuan kita dirahmati..perpisahan kita diredhai....